Saturday 10 December 2011

Dapat job...

Assalamualaikum sume....akhirnya dlm cuty sekola yg mmbosankan nie dpat jugak job...leh la aku cari duit poket utk cover tahun depan...huhuhuh...nasib baek Abg Sukur ada...dia lah yg tlg aku cari job masa cuty sekolah nie....tq Abg Sukur....

Wednesday 7 December 2011

THE SIMS SOCIAL...GAME BARU..

Assalamualaikum??? wah lame x update blog nie...hahah sempene cuty2 skola nie aku ru jumpa game baru kt FB...nama dia THE SIMS SOCIAL...best gak main game nie...leh rancang nk wt umah sendiri....huhuhu berangan lak...



Thursday 24 November 2011

Hari hujan neraka tutup?

Hari hujan neraka tutup?
Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”.Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”. Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”. Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”

Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”. Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”. Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .

Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.

Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang.

Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu. Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.

Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat.

Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi. Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.

Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya,“Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata,“Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik. Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata,“Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, “ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, “Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini."

Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati.

Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat.

Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya. Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua.

Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel. “Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.

Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut. Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi.
Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.
Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAHHU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara. Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk.

Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya. Inilah satu peristiwa..
Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini.

Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.

Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3;
“…pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" 

Friday 4 November 2011

Sunday 30 October 2011

Cup Game...permainan baru

video nie telah dirakamkan untuk tontonan umum...law nk x-pert mcm dak2 nie kene byk belatih...huhuhu selamat menonton (SEK.REN. PAYA PANJANG) dibimbing oleh M.Rashidin,M.Fareezzul,M.Izzudin Helmi dan Azzam Zul..

Sunday 25 September 2011

Motivasi Pelajar Ting3 oleh Pak Anjang dr WOW COACHING..

Assalamualaikum...








video nie ialah ceramah motivasi utk pelajar ting3 di SMKBP..Maklumlah...pelajar tingkatan 3 kan nk menghadapi peperiksaan besar tahun nie iaitu PMR...jd adalah beberapa tips yg telah diberi oleh Pak Anjang kpd mereka...

Saturday 27 August 2011

Perkhemahan Ihya' Ramadan Peringkat Negeri Johor 2011

inilah video yg dpt di buat oleh saya dengan menggunakan windows movie meaker
Assalamualaikum...pada 22 hingga 25-8-2011 sebuah program JPN Johor telah mengadakan Program Perkhemahan Ihya' Ramadan Pelajar  Sekolah Menengah Peringkat Negeri Johr 2011...telah di sertai seramai 156 org pelajar dari sekolah yg terpilih dalam Negeri Johor..pelajar2 terdidi daripada pelajr PRA-U/Ting 6...pelbagai pengalaman dan ilmu dpt ditimba melalui proram ini termasuklah cara pengurusan jenazah dan praktikal sembelihan..pengalaman ini sungguh berharga buat kami semua..

Saturday 20 August 2011

Hang out bersama kwn2 at DATARAN PAHLAWAN n MAHKOTA PARADE

Assalamualaikum...selamat berpuasa...
hah.....rasa bulan puasa tahun nie berlalu kejap je ek...diam2 dh nk raya...sebelum nk beraya tu yg nk kene g shopping cari baju raya....haah..semalm aku n fwen g shopping sakan at Melacca...mak oi ai...ramai giller org...maklum la..persediaan alwal nk raya...2 yg ramai org...best pegi ramai-ramai...shopping punya shopping x sado ary dah petang,,,kelam kabut balik...




sebelom balik singgah pulak bazzar kt dataran jubli intan..beli juadah berbuka puasa lah katakan...beli martabak ar...sedap...
smpai rumah tros berbuka.....sekian.....

Saturday 13 August 2011

Cerita kelakar...

Gadis : hari ni saye akan menjalani pembedahan jantung .
Jejake : saye tau . I love you !
Gadis : i love you too ! ♥
(bile sedar dari pembedahan gadis tengok jejake takde . Tapi ayah die je ade)
gadis : mane bf saye ayah ?
Ayah : siti tau tak siape yang dermakan jantung untuk siti ? :(
gadis : apaaa ? (terus menangis)
T_____T
ayah : hehe . Takde la . Ayah melawak je . Die pergi tandas ;D
hahahahah....
Sabor Je Lah

Sunday 31 July 2011

Terawih hari pertama..

Alhamdulillah....baru je lepas balik terawih...syukur dapat sempurnakan solat sunnat terawih walaupun badan rasa x sihat sikit...harap elok lah esok..

Thursday 28 July 2011

MAJLIS PERSARAAN PN HJH ROKIAH BT JAAFAR 29/7/11

Assalamualaikum...hari ini merupakan hari yg paling bersejarah bg Pn Hjh Rokiah sempena majlis persaraan beliau..beliau merupakan seorang guru yg penyayang dan seorang yg sungguh prihatin terhadap murid2 nya..beliau juga seorang yg penyabar dan tabah menjalani dan menghadapi pelbagai kerenah murid2nya..kami sunnguh gembira kerana dapat mempunyai seorang guru seperti beliau..tetapi pada tanggal 29/7/2011 merupakan detik bersejarah kerana beliau telah bersara dari SMK Bukit Pasir..kami amat sedih dan berbangga terhadap beliau setekah 19tahun beliau mengajar di sekolah kami...kami berharap beliau akan hidup dalam sihat,aman dan sejahtera di sisi keluarga dan segala jasanya akan dikenang sepanjang hayat...amin..






























cikgu engkau lah idola kami.......terima kasih cikgu........

Wednesday 27 July 2011

yea yea nk puasa....

huhuhu...assalamualaikum??
hah...dh lama  x post somethings kt blog nie...
nie ha lagi beberapa hari lg nk pose...huhuuhu x sabo dibuatnye...
peh bila time puasa bila nk bebuka je nikmatnye terasa sangat....huhuhu
lg2 kalau ada air soya,cincau,sirap bandung...perghhhhhh sedap...



harap korang sume puase penoh laek....
boleh kita raya sama2....kpd kwn2 raya jgn lupa dtg umah....rumahku sentiasa terbuka utk mu...hihihihi..

Sunday 17 July 2011

lame x update....

assalamualaikum???
lame x post kt blog nie....maklum la buzy ckit....baru nk membeso org tua2 ckp...

Sunday 12 June 2011

Hari Belia,Muar

Assalamualaikum.....hah dah lama aku x post kt blog aku nie...huhuhu tgh hari tadi Aku,Abib,Nuar,Yod g jln2 kat Karnival Hari Belia kt Dataran Jubli Intan ,Muar.....huhuhu....best la jugak tgk org main paintball..huhuhu...tetiba Adib memberanikan diri kareoke....peh Pada Syurga Di Wajahmu siot dye tarik....ramai gila org bersorak...ada sesetengah jelez n kutuk2....apa2 pn all the best wt Adib la...pas2 sementara nk balik 2 lepak la kejap kt kt tanjung....hahaha..2 la yg aku dpt postkan hari nie.....tq

Tuesday 31 May 2011

Di Pondok Kecil versi pentomen smkbp

Nadwah Kecermalangan Ting1 SMKBP

Assalamualaiku....pekabo sume..???
lame aku x update blog nie...
k nie aku ada aktiviti terbaru yg aku nk post..
pada 27 hingga 28/05/11 Unit Bimbingan & Kaunseling telah mengadakan Nadwah Kecermelangan utk pelajar Ting1..di Kem Nurahaimah,Kg Tengah,Muar....peserta yg terlibat drpd ting 1 RK,Ber, & Del...fesi yg terlibat ialah Tn Rashidin( abg Din),Tn Khairul,Tn Farizal,Tn Adib dan Tn Anwar...ketua jurulatih ialah Tn Hj Salihudin B. Hj Rasul "Pak Din"(pemilik Kem Nurahimah)...nadwah ini berlangsung 2 hari 1 mlm...sila lah lihat photo yg di post kan...





























































































sekian terimaa kasih